Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Khamis, Januari 28

Special Gift


Kali ini saya menerima tempahan drpd seorang rakan di Shah Alam. 35pcs dengan aneka jenis filling sempena ulang tahun kelahiran rakan baik beliau. Moga beliau berpuas hati dgn coklat saya.
Set begini bernilai RM35 tidak termasuk kos penghantaran.

Isnin, Januari 25

AGEN

Saya menerima beberapa permintaan untuk menjadi agen Zahra HomeMade Chocolate. Anda boleh mengirimkan email, dan saya akan hantar katalog serta pakej agen yang saya tawarkan. 


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.


Mengenai kelas pula, akan saya usahakan dalam masa 2 bulan ini.  Tak lengkap pula jika kita tidak berkongsi ilmu kan, jadi kpd yg bertanya, harap bersabar. Akan saya maklumkan kemudian nanti.

Ahad, Januari 24

Cartoon Saiz L

Kali ini, saya menerima permintaan drpd seorang guru lagi untuk dihadiahkan kpd murid2nya sempena penyertaan mereka di dalam satu pementasan.  20 biji coklat praline berbentuk kartun ini saya 'mix' kan filling nyer.  Walaupun saya hanya mampu menyediakan coklat tanpa warna (kehabisan bekalan), diharap pelajar2 cikgu ini gembira dgn pemberian guru tersayang.

Harga setiap biji RM1.50 beserta kotak

Khamis, Januari 14

Tema Hijau Utk Belated Birthday...


Ini 'last minute' order.  Kebetulan pula saya menerima permintaan utk set runcit, jadi saya buatkan sekali order ini.  Ia dari seorg kakak buat belated birthday adindanya.  Meminta tema hijau dgn bentuk abjad. Sebenarnya beliau meminta coklat berbentuk katak krn adiknya itu meminati katak. Namun saya gantikan dgn Mickey Mouse bewarna hijau., hehehe....naper yer dia suka katak?, mungkin krn masa kecil dulu dia suka menangkap berudu, jadi bila besar suka pula pd katak...jangan marah ye Atiah...harap beliau berpuas hati dgn hadiah ini.

Sabtu, Januari 9

Produk Terkini


Di sini saya paparkan beberapa lagi produk dari Zahra Homemade Chocolate, salah satunya adalah bungkusan foil keemasan ataupun perak.  Ia sesuai dijadikan hiasan praline bagi yang mahu meletakkannya ke dalam bekas pilihan mereka. Ia juga dpt melindugi coklat drpd semut dan anasir lain. Saya menetapkan coklat begini pd harga 0.65 sen shj.


  
Ini pula order dari seorang guru untuk di jamukan kpd anak2 beliau selain beberapa tempahan praline buat anak2 muridnya.  Coklat  berbentuk menarik ini agak besar sedikit dr saiz M, jadi saya letak pd harga RM1.50 shj dan 1 set begini pd harga RM9.00. Anggaran saiznyer adalah 4 x praline saiz S. Fillingnya saya variasikan almond, Prune/Kismis dan oreo crumb.

Atas permintaa ramai, saya merialisasikan juga  lollichoc dalam produk coklat saya.  Alhamdulillah, ia mendapat permitaan hangat, menurut mereka, lollichoc lebih praktikal buat anak2 mereka. Sementara ini, saya menawarkan lollichoc dlm bentuk SEA CREATURES yg menarik. Ia merupakan coklat berperisa oren @ strawberry . Mempunyai 3 lapisan coklat iaitu Coklat putih berwarna, coklat putih berperisa wanila dan coklat susu.  Produk ini bernilai RM 1.50 sebatang.  Bagi budged rendah. saya tawarkan juga lollichoc 'Baby Bottle'  pd harga RM 1.30 sebatang.


Isnin, Januari 4

Bungkusan Jualan Runcit

Bagi jualan runcit sekitar Pekan, saya menyediakan set coklat praline pelbagai variasi. Set coklat ini mengandungi 10 biji coklat. Pelanggan boleh memilih jenis coklat samaada 'milk choc', 'white choc' dan 'dark choc'. Gambar di atas merupakan tempahan pelanggan iaitu Kak Wan. Beliau merupakan pemilik sebuah saloon di Pekan. Kak Wan juga mempromosikan coklat saya ni kpd rakan2 beliau. Terima kasih Kak Wan.

Packing begini bernilai RM5.50.  Jadi kpd penduduk sekitar Pekan boleh order melalui sms @ tel.. yer!.  Pengedar dan pemilik kedai serbaneka juga dipelawa memasarkan produk saya ini.

Ahad, Januari 3

Coklat Tanda Kasih

Belum terlambat rasanya saya megucapkan 'Happy New Year' kepada semua pengunjung blog ini.  Moga tahun ini membawa seribu kejayaan dan kebahagian buat kita semua.  Kali ini saya paparkan beberapa tempahan coklat dari pelanggan saya. Ada juga gambar yang tidak sempat saya ambil, pohon kemaafan buat mereka. Kepada yg melanggan produk coklat saya, diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua.
Ini tempahan coklat secara on-line drpd Puan Zaza di KL.  Beliau meminta coklat berbentuk huruf bagi meluahkan rasa kasihnya terhadap suami beliau.  Mereka masih dalam 'mood' bulan madu. Terima kasih menjadi pelanggan saya.Nanti bolehlah war-warkan kpd rakan2 pula yer!.
Tempahan sebegini bernilai RM15 shj tidak termasuk kos penghantaran.

  

Ini pula buat 2 org anak buah saya yg menyambut hari lahir pd Dec. lalu dan Jan. ini.  Kedua2nya adik beradik yg masih menuntut di IPTA. Seorang di UKM dan seorang lagi di Matrikulasi N9.
Saya tidak mahu jarak menjadi alasan untuk menjarakkan hubungan kami. 9 biji coklat praline pelbagai 'filling' dibungkus dengan 'star soft box'.
Bungkusan begini bernilai RM 10 shj tidak termasuk dan kos penghantaran.