Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Khamis, April 29

AWARD BEAUTIFUL BLOGGER ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1fRhdqAecn3We7gp8Bux4-I3KM4rXVh_bOrKTU7cI1SrzsHzUw6jUdv-fU0jUD3ii9tlyWlKxMYIRbjdo7jH1zl0g0g7bXB_K0jpPRz1Jt1VXufpaSorWlp0IJX4LG9lXx4d1tW1zkT6y/s1600/Beatiful-Blogger-photoshop-ok.jpg 

Setelah seharian membanting tulang mengemas kapal yg hampir karam (rumah aku ler...), saya dikejutkan dgn penganugerahkan BEAUTIFUL BLOGGER ini.  Tak sangka lak blog yg kubina secara hentam keromo ini cantik di mata pengunjung bertuahku ini, apa-apapun terima kasih diucapkan kpd Auni De Luke Cakes yg sudi menyenaraikan blogku ini sbg CANTIK.

Sebenarnya saya  faham, award ini diwujudkan sebagai salah satu sokongan kpd mereka yg menceburkan diri dalam bidang memblog ini sbg salah satu sistem pengiklanan dan menyebarkan maklumat blog masing2 dgn lebih meluas.  Tidak salahkan kita berkongsi ? Anyway, saya tetap merasa teruja dgn anugerah ini sbg satu galakan dan dorongan utk lebih maju.

Sesiapa yang dapat award ini dikehendaki :

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda)
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award

Di sini saya senaraikan 15 blog yg wajar mendapat anugerah BEAUTIFUL BLOGGER ini.  Blog2 ini kerap saya kunjungi utk mendapatkan maklumat dan info. Kebanyakannya bukan saja cantik tapi bermaklumat dan aktif berblog. 
4. Aura

Tahniah semua blogs yg tersenarai.

Sabtu, April 24

Regular Costomer

Tempahan kali ini datangnya dari anak saudaraku Hazra di KL, set 35pcs utk birthday rakannya.  ZHMC juga menerima tempahan dari En.Azmi yang merupakan rakan sekolah saya di SMVK dulu. Azmi berminat dgn coklat 15pcs dgn mix vrties sbgai kudapan buat rakan2 ditempat kerja. Moga kalian berpuas hati dan terima kasih atas sokongan.

Set 35pcs ini bernilai RM 33 tidak termasuk kos pengangkutan 
 
Set ini bernilai RM15 tidak temasuk kos penghantaran 

Keesokannya pula saya menerima tempahan kali ke-2 dari Nicole. Kali ini beliau meminta 2 set 15pcs dari gabungan produk2 khas Zahra HM. Terima kasih Nicole...
Set 15pcs ini bernilai RM15 tidak termasuk kos penghantaran

Selasa, April 13

Order For Set 12pcs & 15pcs

Kali ini saya paparkan pula tempahan drpd seorang pelanggan berbangsa cina iaitu Mrs.Nicole dr Kuala Lumpur.  Beliau meminta set 12 pcs serta 15pcs praline yg terdiri drpd Nur Kasih, Cinta Balqis, Marble dan Mawar Berduri.(produk khas Zahra HM).  Harap Nicole berpuas hati dan sudi melanggan produk coklat saya lagi nanti.

Set 12pcs beserta kotak cantik ini bernilai RM13 dan set 15 pcs pula RM15 tidak termasuk kos penghantaran

Sementara itu rakan lama saya membuat tempahan beberapa jenis coklat yg terdiri dr set praline dan Coklat Oreo.  Zuraidah menempah set 12pcs utk besday rakannya sementara sekotak lg 12pcs utk makan sendiri ini pula diminta intinya diletak oreo crumb dan kismis shj.  12pcs Coklat oreo pula untuk dijamu anak2 buah beliau.  Diharap beliau bepuas hati dan terima kasih atas sokongan anda.



Khamis, April 8

Set Coklat Pelbagai (12 pcs)

Atas permintaan pelanggan , kali ini saya menyediakan set pelbagai  yang terdiri drpd 12 biji praline.  Ini adalah pesanan daripada seorang pelanggan regular saya dari Muar untuk rakannya yg bertugas di RTM Johor. Moga beliau gembira dgn kiriman dr Pn. FuzeeIsme ini. Set yang sama juga menjadi pesanan dari sahabat lama saya iaitu Zuraidah Masri. Terima kasih kawan.

 Set ini bernilai RM12 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Isnin, April 5

Birthday Gift

Kali ini saya paparkan satu lagi pesanan set coklat khusus utk seorang gadis kecil iaitu Nur Hana Fatin.  Pesanan ini dibuat oleh ibunya, seorang jururawat di Selangor. Memandangkan anak gadisnya tinggal bersama nenek kesayangan di Banting, jadi beliau meminta saya mengeposkannya saja sebagai satu kejutan.  Moga coklat tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak walaupun tidak dapat bersama.  Terima kasih Puan Roziana kerana sudi melanggan produk coklat saya.  Sebelum ini Rakan FB saya juga ada memesan set yang sama iaitu Puan Aishah Jaffri dari Damansara.  Cuma setnya tiada abjad dan huruf. Terima kasih Aishah, lain kali bolehlah order lagi yer..

Set ini bernilai RM35  tidak termasuk kos penghantaran