Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Sabtu, November 20

Cekelat Anniversary...


Tempahan istimewa ini datangnya dr Pn.Rusmarina(KL) buat suami tercinta sempena 'Anniversary' mereka.  Semoga rumahtangga beliau terus berkekalan bahagia dan dirahmati Allah hendaknya.  Terima kasih atas langganan puan. Harap berpuashati dgn hasil kerja ZHMC.

Produk Zahra HomeMade Chocolate



Selasa, November 16

Tempahan Oreo Lagi

Tempahan ini datangnya dari anak saudara dan merangkap pelanggan setia ZHMC. Puan Zaza  ni sedang sarat hamil 8 bulan, jadi beliau bercadang mengadakan sedikt doa selamat sekali gus menyambut Aidul Adha.  Jadi, bagi memeriahkan lagi majlis tersebut beliau meminta saya buatkan Choc Cookies dgn penampilan kartun2 yg comel.
Penghantaran kali ini saya menggunakan khidmat Sky Net dan menggunakan Polystrene box utk lebih selamat. Penggunaan polystrene ini amat bersesuaian untuk penyimpanan coklat selain selamat drpd tertindih dan kecairan coklat.  Pelanggan tidak perlu risau utk penyimpanan dan travel. Untuk Kotak polystrene bersaiz sederhana, muat utk 50-100 kotak, ianya berharga RM7. Jadi untuk belian pukal, saya akan sarankan penggunaan kotak ini. Bagi kos penghantaran pula, bergantung kpd berat.  Moga Zaza berpuas hati dgn coklatnya...


Ini pula kiriman saya buat keluarga kakak di Banting Selangor. Semoga gembira dan dalam RahmatNya selalu.



Memandangkan Anak sulung saya akan meninggalkan alam persekolahan rendahnya, saya siapkan coklat ini sebagai tanda terima kasih kepada guru2 yg mengajar anak saya ini.  Kejayaan anak mendapat 5A dlm UPSR adalah kerana usaha cikgu2 ini juga.  TERIMA KASIH CIKGU... Coklat di atas merupakan penampilan bersama edible image.  Edible image ini terdapat dlm apa jua kehendak dan permintaan pelanggan.  Anda juga boleh meletakkan gambar sendiri utk tampak lebih special.  Buat pengetahuan pelanggan2 ZHMC, edible image yg saya bekalkan adalah yg dijamin halal dan sedap.  Ia juga merupakan produk bumiputera berstatus Melayu dan beragama Islam.  Harganya pula, tambahan RM1 utk setiap edible image yg diminta.  So...untuk sekeping coklat Oreo ini berharga RM1.50, jika ditambah edible image ia menjadi RM2.50 sekotak(siap reben).  Sesiapa berminat bolehlah buat tempahan sekarang.

Ahad, November 14

Coklat buat insan istimewa...



Tempahan coklat 35pcs di atas datang dr seorang pelanggan regular ZHMC.. TQ dear!

 Ini pula coklat praline 12pcs dr Suhaila di Tangkak, Johor.  Teringin sangat nak rasa katanya...terima kasih Ila atas sokonganmu!

2 tempahan ini pula dtg dari negeri yg sama tetapi berbeza orangnya.  Order dr Johor ini diminta oleh rakan2 jiran saya yg kebetulan sdg bercuti semesta.  Jadi kepada student UK|M, sila-silalah yer...

Selasa, November 9

Chocolate 4 Besday !!!

Order ni datang drpd Cik Suhaila buat titipan temannya di Johor sempena ulang tahun kelahirannya.  Coklat 18pcs  dgn inti hazel nut dan kismis (abjad) ini di sertakan bersama eksklusif hard box.  Semoga ia memberikan seribu kemanisan buat yg menerimanya. Terima kasih atas langganan dan sokongan anda.
  Ini pula tempahan daripada regular customer kami, Pn.Zaza buat besfren beliau.  Coklat 24pcs dgn tampilan kotak handmade dan bertemakan pink kaler...moga Saifol ceria dgn bingkisan teman sehati sejiwanya ini.

Ahad, November 7

LolliChoc & Oreo for Birthday!!!

Kali ini ZHMC menerima tempahan dari seorang ibu muda dari Kuantan, Nurul Afifah namanya.  Indah sungguh namanya seindah orangnya. Nurul menempah Lollichoc dan Oreo untuk dijadikan cenderamata di majlis  menyambut kelahiran anak kecilnya iaitu Faris.  Beliau juga meminta diabadikan nama 'Faris' disetiap coklat yg ditempah.  Terima kasih Nurul, nanti bolehlah promote dengan kawan2 yer...