Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Ahad, Julai 31

TEMPAHAN COKLAT RAYA SUDAH DIBUKA!!!

Tahun ni cuma 3 jenis coklat ni saja yg saya buka utk tempahan.  Itupun mana yg saya termampu, so kepada sesiapa yg berminat boleh buat tempahan segera.  Pada mulanya saya nak berehat jer di bulan puasa thn ni, tp ada pula customer yg merayu suruh buat gak cekelat raya ni.   Jadi, saya buka 3 jenis choc utk tempahan raya thn ini.  Choc jenis A, mmg sedap giler, sbb saya campurkan bubble rice dan hirisan badam.  Bahagian bawahnyer pula tentulah padat dgn coklat Beryl's.  Pelanggan juga boleh memilih samaada mahu meletakkan perisa pd coklat masing2.  Dua jenis lagi tu seperti biasalah, coklat compound Beryl's cuma bentuknya lebih meriah dan sesuai dgn tema hari raya.  Saya cuba juga cari mould lemang ataupun meriam buluh, errmmm...tak jumpa pula. hehehehe...Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan semoga segala amalan kita di bulan yg mulia ini di terima Allah swt dan menjadi syafaat buat kita 'disana' nanti.

Rabu, Julai 27

Loose Pack Order

Ini order Aisyah yg kerja di Post Office tu.  Order 100pcs dlm loose pack utk makan2 dan belanja kawan2.  Aisyah ni mmg 'hantu coklat' katanya...Mawar Berduri ni fillingnya terdiri drpd almond/strwberry paste/mocha mint paste/yam paste, biar byk variasi.  warnapun saya mix dlm 4 kaler. Coklat2 ni saya just masukkan dlm bekas plastik shj. So...pelanggan boleh packing sendiri. Harga dikenakan ke atas coklat shj. Bekas begini muat utk 100-120pcs dgn 3 lapis.  Harap Aishah suka.  Terima kasih juga sbb tolong promosikan coklat Zahra HMC ni pd kawan2.

Harga utk loose pack :
100pcs -300pcs = RM0.60/pcs
(lebih byk lebih murah)

Isnin, Julai 25

True Love...

Ini order drpd seorang staff pejabat pos yg selalu berurusan dgn kami.  Adik ni excited bila saya kerap buat penghantaran coklat kpd customer saban hari.  Aisyah baru jer bertugas di kaunter Pos Laju tu, tp cekap juga dlm menjalankan tugas beliau. Terima kasih Aisyah, lain kali bleh la order lagi yer...

Sabtu, Julai 23

Set Coklat 15pcs


Coklat ni pula order drpd kawan kpd regular customer saya. Set coklat 15pcs dgn handmade box.  Intinya pula hazel nut dan almond.  Harap kawan kpd Raden tu suker lah yer...TQVM.

Coklat Utk Makan2


Set coklat ni ditempah oleh adik Rahilla dr Taman Mentiga ,Pekan. 1 set untuk menjamu anak buah kesayangan dan 1 set lagi utk seorang rakan beliau.  Beliau order choc bentuk strawberry dgn tema 'colourful' ..nampak ceria sangat sesuai dgn tuannya.  Fillingnya pula saya 'mix'kan.  Harap beliau suka dgn coklat Zahra CH ni.  Terima kasih dik..

Isnin, Julai 18

Kelas Coklat - Aisyah

Kelas kali ini dihadiri oleh seorang gadis dr Pekan. Aisyah ni graduan yg baru saja habis praktikalnya di sabak Bernam.  Bakal guru Bahasa Inggeris ini memang meminati bakery dan memang handal dlm pembuatan kek.  Kali ni nak menambah ilmu pula dlm bidang penghasilan coklat tangan pula.  Walaupun agak lewat, kedatangan Aisyah terus saya sajikan dgn bahan nota dan sedikit penjelasan mengenai coklat semi-finish ini.  Alhamdulillah Aisyah dapat menghabiskan semua modul kelas antaranya, 'filling',praline compound, praline couverture,oreo,lollichoc,criespy choc,edible dll.  Kelas tamat hampir pukul 5 pm. Semoga Aisyah dapat memanfaatkan ilmu dia perolehi hari ini.  Syabas Aisyah dan Terima kasih.


Ahad, Julai 17

Coklat utk Isian Goodies Birthday party

Ini pula order dr Diyana, jiran tetangga saya. Yana minta dibuatkan 2 jenis coklat iaitu coklat teady bear dan oreo.  Beliau memilh tema purple dan pink sempena meraikan hari kelahiran anak sulung beliau yg pertama. Minta maaf yer coz tak dpt hadiri majlis tersebut kerana terpaksa pulang ke kampung.  Terima kasih kerana sudi order coklat acik...hehhehe...(rase dah tue pule...)

Coklat Titipan buat IBU ANGKAT

Tempahan ni datangnya dari Pn.Raden di Johor.  Saya terlupa nak upload order ni, sorry yer yunk!.  Beliau minta dibuatkan 2 kotak coklat 15pcs utk dititipkan buat ibu angkat yg dah lama tidak bertemu.  Coklat bentuk daun dan love ini ada inti Hazel Nut dan ia disertakan dgn kotak handmade corak songket merah.  Menjalin kembali silaturrahim yg lama terputus. Ibu angkat beliau menetap di Maran,Pahang, kira2 2 jam perjalanan dr kediaman saya.  Tapi alhamdulillah, abg posto berbesar hati hendak mengahantarnya...hehhee..TQ Abe...Terima kasih juga buat Pn.raden kita ni, beliau ni merupakan regular customer saya. Pandai buat kek dan mcm2 lagi.Errmmm....cantik pulak tu tapi dah berpunya yer...

Ahad, Julai 10

KELAS

KELAS COKLAT
Kelas Coklat akan diadakan di Pekan Pahang. Zahra Chocolate House juga mengalu-alukan Jabatan2 Kerajaan @ NGO menjemput kami dlm program kemasyarakatan anda.

Modul Kelas Coklat Zahra HMC :

1. Membuat coklat Couverture secara tempering tanpa menggunakan marble, penghawa dingin dan termometer. Mudah dan Murah.
2. Membuat coklat compound yg terdiri dari coklat susu,putih dan hitam.
3. Menyediakan filling yg pelbagai rasa untuk melengkapkan coklat tangan anda.
4. Membuat coklat Oreo (Cookiess choc) dgn deko.
5. Membuat lolli choc dgn deko.
6. Cara mewarna dgn teknik yg betul bg mendapatkan coklat yg cantik.
7. Cara membersihan acuan dan penyimpanan serta penghnatran selamat.

Pesanan :
- Nota2 akan dibekalkan
- Semua hasil kerja akan dibawa pulang
- Masa kelas dr pukul 10 am - 5 pm (hingga selesai)
- Makan tengahari disediakan .
- Semua pelajar Zahra HMC layak menerima 10% diskaun ke atas belian kali pertama barang2 di Zahra Chocolate House dan harga RM15 utk coklat milk/white/dark .
- Tidak dibenarkan membawa peneman.
- Apron dan tuala akan disediakan.
HARGA KELAS :
- RM200.00 seorang (terhad 2 org pd satu sessi).
- Deposit RM50 hendaklah dijelaskan semasa booking dan bakinya di jelaskan ketika hadir kelas.
SmileyCentral.com p/s: Kepada peserta dr luar daerah Pekan, kami bersedia menyediakan tempat penginapan dgn kos yg rendah dr RM50-RM70 shj. Sila buat tempahan awal seandainya anda memerlukannya!..

Sabtu, Julai 9

Coklat Buat MAK...

Tempahan ni dibuat agak kelewatan namun demi pelanggan saya buatkan juga.  Nurul meminta dibuatkan 20pcs praline utk dihadiahkan kpd ibunya.  Praline berintikan hazel dan kismis(abjad).  memandangkan Nurul tidak request warna tema, saya buatkan warna pink, nmpak manja dan ceria.  Harap2 mereka suka. Terima kasih Nurul, next time bley la order lagi.