La ni, saya menerima pula tempahan dari orang Ipoh,Perak . Gadis yg bernama Izwani ini menginginkan coklat 35pcs ini sebagai hantaran pertunangan beliau. Coklat campuran dengan tema oren menjadi pilihan gadis manis dari Ipoh ini. Beliau juga memesan untuk 15pcs untuk makan sendiri. Menurut Izwani, mereka berdua memang peminat coklat yang tegar. Selamat Bertunang semoga kekal hingga ke Hari Pernikahan ye!.
Semoga Cik Izwani berpuashati dengan coklat ZahraHMC ini. Terima kasih atas langganan anda.
Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.
Jumaat, Jun 18
Khamis, Jun 10
Mawar Merah dan Kuning
Kali ini saya menerima tempahan daripada Cik Nurul di Kuantan untuk jamuan di Majlis Pertunangannya. Beliau memilih coklat berbentuk Mawar ini sebagai cenderahati buat tetamu yg hadir ke majlis itu nanti. Saya cadangkan Mawar merah dan kunimg. Coklat bersaiz L ni saya letak perisa Blueberry, Strawberry dan Orange sementara intinya pula campuran almond/kismis & prune bagi Mawar Merah dan Oreo Crumb bagi Mawar Kuning. Gadis manis ini sanggup datang sendiri ke Pekan utk mengambil tempahannya. Semoga Majlis di rancang berjalan dengan lancar. Terima kasih kerana sudi melanggan produk Zahra HomeMade Chocolate. Terima kasih daun keladi ye!....
Langgan:
Catatan (Atom)