Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.
Rabu, Februari 15
Selasa, Februari 14
ORDER CUSTOMER 2012
Dek kerana sibuk yg sesangat hingga tiada kesempatan utk upload oerder customer dlm 2-3 bulan. Ini antara coklat yg sempat saya ambil. Dah lupa pula siapa yg empunya order, layan sajelah gambar2 di bawah, mana tau berminat pd design tersebut.

Khamis, Disember 1
Sabtu, November 5
MARSMALLOW HALAL DARI FILIFINA
Vanilla - M1021
Twiss - code M1020
Vanilla plain - M1022
Flower - M1023
Love - M1024 (Strawberry)
White Plain - M1025
Harga bagi tiap kilo adalah ; RM40.00
***boleh campur2 utk setiap 1/2 kg.
***harga bg belian 5kg ke atas : RM35.00
***10kg ke atas : RM33.00
***Minimum order 1 kg
***kos pos RM8.00 pd kg pertama dan tambahan RM2 utk kg seterusnya (Semenanjung)
Khamis, November 3
Kelas Coklat Nur Hafizah-October 2011
Kali ini kelas dihadiri oleh seorang ibu muda baru saja melahirkan. Bagi menghabiskan cuti bersalin, beliau mengambil keputusan menghadiri kelas coklat ZCH. Kelas kali ini saya rombak sedikit modulnya memandangkan Hafizah ingin memasukkan choc box dlm modul kelasnya. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Bermula dlm pukul 9 lebih, kelas berakhir pula dlm pukul 3 lebih..moga Nurse muda ini dapat memanfaatkan ilmu yg diperolehi dgn jayanya. Good Luck FIZAH!
Order Set Choc 15pcs & 12pcs
Dek kesibukan yg melanda, tak sempat saya nak mengemaskinikan blog ini. Dibawah ini ada beberapa tempahan coklat yg dibuat oleh pelanggan2 kesayangan saya. Terima kasih kepada Kak Jet, Ariff dan Elly yg sudi membuat tempahan coklatr dr ZCH. Moga semuanya berpuas hati dgn coklat tangan kami.
Order Kak Jet utk makan2 sesaja. 12pcs Mix filling inside.
Ini pula utk Elly khusus buat 'ABG' sempena peperiksaan yg beliau akan hadapi. Good Luck juga utk beliau.
Coklat ini pula tempahan dr Arif buat buah hatinya . Buah tengah merajuk ker???. Moga bahagia selalu.
Selasa, Oktober 18
Selasa, Oktober 4
Set 50pcs coklat "Happy Working"
Ini kali ke2 En.Fendy order coklat dari Zahra CH , harap2 berterusanlah yer. Kali ini Fendy order bagi pihak ibu utk diberikan kpd ayah yg sedang bertugas di KL. Beliau mahu 50pcs dgn sedikit ucapan pembakar semangat, jadi saya buatkan 2 layer agar tulisan dpt muat dlm 1 tray, dan selebihnya saya letak bahagian atas. 50pcs choc ini saya isi 'filling', 'mocha mint', almond dan kismis. Harap2 customer saya ni suka dan berpuas hati. Terima kasih Fendy!.
Ahad, Oktober 2
Jumaat, September 30
Set Coklat utk Majlis Aqiqah di Shah Alam...
Tempahan set ini dari Puan Nelly di Shah Alam. Isian box ini terdiri drpd 1pcs Oreo Choc, 1 pcs praline filling strawberry/mocha/ yam dan 1pcs praline inti ilmond. Tema yg diminta , pink khusus sempena majlis akikah putri kesayangan keluarga ini. Moga Nelly dan keluarga berpuashati dgn produk ZCH ini.
Seperti biasa saya menggunakan khidmat Sky Net utk penghantarn bersaiz besar sebegini. Tak muat pula 150 kotak utk di isi dlm sebuah box poly. Terpaksa guna kotak biasa utk yg selebihnya. Harap2 sampai dgn selamat.
Selasa, September 13
SURPRISE !!!! (choc 25pcs)
Ini tempahan terbaru dr pelanggan ZCH . Fendy dr Kuantan meminta 2 set 25 pcs choc utuk di hadiahkan kpd 2 org kenalan beliau, seorang di Kuantan dan seorang lagi di KL. Saya buatkan tema pink dan hijau sbb seorng lelaki dan seorang perempuan. Intinya saya letak almond dan kismis. Harap mereka semua gembira dgn kejutan istimewa ini. TQ FENDY...
Selasa, Ogos 9
Kelas Coklat pada 7 Ogos 2011- Munirah
Salam 9 Ramadhan. Kali ini kelas dihadiri pula oleh seorang lagi warga Pekan, Cik Munira drpd PJ (bukan Petaling jaya yer...Peramu jaya). Beliau merupakan bekas graduan yg sedang menanti peluang pekerjaan. Sementara menanti, eloklah masa disisi dgn sesuatu yg berfaedah. Walaupun berdepan dugaan berpuasa sedangkan bergelumang dgn coklat yg lazat, akhirnya beliau berjaya juga menamatkan kelas handmade chocolatenya tanpa menggugat kualiti puasanya. (samelah ngan cikgunya) hehehe...anyway, tahniah kerana berjaya menamatkan semua modul kelas malah ada tambahan pula (abjad). Terima kasih Murni, bolehlah nanti buat perniagaan coklat sementara menunggu hari bahagia yer...
Ahad, Julai 31
TEMPAHAN COKLAT RAYA SUDAH DIBUKA!!!
Tahun ni cuma 3 jenis coklat ni saja yg saya buka utk tempahan. Itupun mana yg saya termampu, so kepada sesiapa yg berminat boleh buat tempahan segera. Pada mulanya saya nak berehat jer di bulan puasa thn ni, tp ada pula customer yg merayu suruh buat gak cekelat raya ni. Jadi, saya buka 3 jenis choc utk tempahan raya thn ini. Choc jenis A, mmg sedap giler, sbb saya campurkan bubble rice dan hirisan badam. Bahagian bawahnyer pula tentulah padat dgn coklat Beryl's. Pelanggan juga boleh memilih samaada mahu meletakkan perisa pd coklat masing2. Dua jenis lagi tu seperti biasalah, coklat compound Beryl's cuma bentuknya lebih meriah dan sesuai dgn tema hari raya. Saya cuba juga cari mould lemang ataupun meriam buluh, errmmm...tak jumpa pula. hehehehe...Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan semoga segala amalan kita di bulan yg mulia ini di terima Allah swt dan menjadi syafaat buat kita 'disana' nanti.
Rabu, Julai 27
Loose Pack Order
Ini order Aisyah yg kerja di Post Office tu. Order 100pcs dlm loose pack utk makan2 dan belanja kawan2. Aisyah ni mmg 'hantu coklat' katanya...Mawar Berduri ni fillingnya terdiri drpd almond/strwberry paste/mocha mint paste/yam paste, biar byk variasi. warnapun saya mix dlm 4 kaler. Coklat2 ni saya just masukkan dlm bekas plastik shj. So...pelanggan boleh packing sendiri. Harga dikenakan ke atas coklat shj. Bekas begini muat utk 100-120pcs dgn 3 lapis. Harap Aishah suka. Terima kasih juga sbb tolong promosikan coklat Zahra HMC ni pd kawan2.
Harga utk loose pack :
100pcs -300pcs = RM0.60/pcs
(lebih byk lebih murah)
Isnin, Julai 25
True Love...
Ini order drpd seorang staff pejabat pos yg selalu berurusan dgn kami. Adik ni excited bila saya kerap buat penghantaran coklat kpd customer saban hari. Aisyah baru jer bertugas di kaunter Pos Laju tu, tp cekap juga dlm menjalankan tugas beliau. Terima kasih Aisyah, lain kali bleh la order lagi yer...
Sabtu, Julai 23
Set Coklat 15pcs
Coklat ni pula order drpd kawan kpd regular customer saya. Set coklat 15pcs dgn handmade box. Intinya pula hazel nut dan almond. Harap kawan kpd Raden tu suker lah yer...TQVM.
Coklat Utk Makan2
Set coklat ni ditempah oleh adik Rahilla dr Taman Mentiga ,Pekan. 1 set untuk menjamu anak buah kesayangan dan 1 set lagi utk seorang rakan beliau. Beliau order choc bentuk strawberry dgn tema 'colourful' ..nampak ceria sangat sesuai dgn tuannya. Fillingnya pula saya 'mix'kan. Harap beliau suka dgn coklat Zahra CH ni. Terima kasih dik..
Isnin, Julai 18
Kelas Coklat - Aisyah
Kelas kali ini dihadiri oleh seorang gadis dr Pekan. Aisyah ni graduan yg baru saja habis praktikalnya di sabak Bernam. Bakal guru Bahasa Inggeris ini memang meminati bakery dan memang handal dlm pembuatan kek. Kali ni nak menambah ilmu pula dlm bidang penghasilan coklat tangan pula. Walaupun agak lewat, kedatangan Aisyah terus saya sajikan dgn bahan nota dan sedikit penjelasan mengenai coklat semi-finish ini. Alhamdulillah Aisyah dapat menghabiskan semua modul kelas antaranya, 'filling',praline compound, praline couverture,oreo,lollichoc,criespy choc,edible dll. Kelas tamat hampir pukul 5 pm. Semoga Aisyah dapat memanfaatkan ilmu dia perolehi hari ini. Syabas Aisyah dan Terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)

































