Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.



JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Isnin, Julai 26

TEMPAHAN AIDILFITRI

 



Nur Kasih (S) - 0.60 sen /pcsGold /silver wrapper (0.65/pcs)






Ini adalah contoh coklat untuk tempahan Aidilfitri. Satu bekas coklat kuantitinya antara 35-40pcs berharga RM 22.00- 24.00 (bewarna) tidak termasuk kos penghantaran. Setiap tempahan perlulah sekurang2nya 2 kotak.


Rabu, Julai 21

Mould Abjad

                               SOLD OUT

Kepada yang berminat untuk mendapatkan mould abjad yg saya gunakan, bleh lah email atau sms saya untuk tempahan.  Mould ini juga boleh didapati di pasaraya biasa cuma berhati2 kerana ia ada dua jenis yg berbeza.  Salah satu dr mould tersebut agak kecil jaluran abjadnya, jadi ia agak payah dikeluarkan dari acuan.  Saya hanya mengedarkan mould yg boleh diguna dan dijamin hasilnya.  Anda juga boleh melihat seandainya terdapat bubble pd coklat. Saya juga ada tip yang boleh dikongsi bersama pelanggan2 saya.  Jadi orderlah...sementara stok masih ada.

Jumaat, Julai 16

Rezeki Tanah Haram



Jangan pulak sangka  pak arab yg tempah coklat dari Zahra HMC tau, cuma order ni saya teima ketika berada di sana. Jadi bila kembali ke tanah air barulah tempahan ni dapat di laksanakan. Ia datang dari seorang gadis di Shah Alam, Shida namanya (eh.eh..same lak!).  Tempahan set 35pcs buat besday seorang teman, katanya. Tema purple dengan tulisan SBM, tak tau lah aper maknanya, tak pulak saya menyibuk nak tanya. Biarlah mereka yang tau..heheheeh...Anyway, terima kasih Shida kerana sudi melanggan produk akak. Rajin2lah on line di FB tu yer!.