Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.



JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Ahad, Disember 27

Door Gift for Birthday Party

Seorang pelanggan merangkap sepupu saya  telah memesan 50 keping coklat praline berbentuk Mickey Mouse. Design coklat ni bersaiz medium dan sesuai sgt dijadikan cenderahati terutamanya kanak2. Memandangkan tempahan ini agak secara mengejut, jadi saya cuma dapat bungkuskan coklat tersebut dengan plastik bercorak. Intinya saya letak taburan badam dan kismis, baik utk minda anak2. Manakala coklatnya pula saya variasikan 'milk choc','white choc' & 'dark choc'.
Harap Dr.Norhazlin berpuas hati dengan hasil homemade chocolate saya tu. Terima kasih juga atas sokongan beliau. Buat Hariz, ' HAPPY BIRTHDAY' sweet boy!.
 

Rabu, Disember 23

Hantaran Pertunangan


Gambar di atas ni adalah order dari salah seorang anak kejiranan saya di Pekan.  Gadis ni berkenan pulak nak jadikan coklat saya sebagai hantaran pertunangannya pada hujung minggu ni. Coklat2 ini akan dimasukkan ke dlm bekas kaca yg sudah sedia ada. Pada mulanya beliau bercadang mengisi bekas cantik tu dgn biskut, tetapi setelah , merasa coklat promosi saya hari tu, terus dia order 35 pcs 'Cinta Balqis' dan 'Nur Kasih'. Selebihnya, buat santapan sendiri katanya.  Harap2 adik ni berpuas hati dgn coklat Zahra ni, bila 'langsung' nanti boleh lah wat tempahan utk 'door gift' pula yer.



Ini pula adalah produk praline dalam bentuk abjad. Ia merupakan gabungan coklat susu dan putih serta berintikan kismis. Boleh juga ditukar dengan truffle kesukaan anda ataupun kekacang.

Sabtu, Disember 19

Buat Suami Tercinta


Ini adalah bungkusan soft box yg diminta oleh Puan Raden dari Tangkak sbg cenderahati buat suami tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Raden memesan 2 kotak Coklat Nur Kasih. Pada mulanya saya menghadapi masalah coklat yang melekat pd 'mould'. 2 petak acuan coklat menjadi habuan anak2. (sukenyer diorg), saya plak yg pening kepala., hahaha...alhamdulillah akhirnya siap juga tempahan ini.  Biasalah cabaran begini adakalanya bleh buat kita putus asa. Saya sempat menanyakan masalah ini kpd Sifu Ayu. Terima kasih Ayu...Harap, Raden berpuas hati dgn hasil coklat tangan saya dan terus menjadi pelanggan tetap Zahra HomeMade Chocolate. Teima kasih juga atas sokongan anda.


(2 kotak Nur Kasih, 2pcs 'soft box' dan deko)
Pakej ini bernilai RM7 sekotak tidak termasuk kos penghantaran.


Ahad, Disember 13

1st time practical making chocolate

Untuk pertama kalinya aku mempraktikkan ilmu yg dapat ku cedok dr Sifu (Ayu).  Kebetulan plak ada order dr kengkawan kejiranan. Paling gembira adalah anak2ku yang sibuk nak menolong, namun aku nyah mereka krn perlukan konsantrasi tinggi untuk percubaan pertama kali ini. Tanpa sedar, dah berketul2 coklat aku baham. Anak2 plak tak senang duduk selagi mereka juga menerima habuan mereka.  Lastly, lunch hari itu sekadar coklat yg aku bikin. Hahahaha..tapi anak2 tak byk komen, coklat pun coklatlah!!!...Hari tu aku cuba mencipta beberapa coklat baru. Ikut citarasa sendiri. Alhamdulillah...semua suka. Malah aku dpt tempahan pd kali pertama promosi coklatku..
Antara coklat2 yg aku bikin dan menjadi produk khas di kedai Zahra HomeMade Chocolate:-


 
 
  
 
 

Sample Gift Box
















Antara contoh Handmade chocolate box
18 pcs - RM 25 pakej dgn kos pos( coklat bleh pilih)

Hard Box for 2 pcs small choc

 Gold soft box for 1-2 psc small choc
@
1pcs medium choc


Hard box for 3 pcs small choc
Hard box for 4 pcs small choc


Soft Box for 6 pcs small choc

 
Soft box for 9 pcs small choc

35pcs hard box with clear window cover



15 pcs hard box with clear window cover


 
6 pcs soft box for medium saiz









P/S : Tidak semua kotak ready in stock, jadi anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 1 bulan awal utk kuantiti besar.

Jumaat, Disember 11

Pengenalan


Salam kunjungan buat semua. Atas dasar minat dan memang hantu coklat,saya pun merangka perancangan untuk merialisasikan impian Homemade Cockolate sendiri. Mula2 saya attend class dengan seorang sifu, Pn.Ayu di Seri Kembangan. Pn.Ayu ni memang pakar, menerima tempahan beribu2 hanya dirumah. Malah beliau telah diundang untuk menyerikan Majalah Wanita Keluaran December 2009. Berbaloi menghadiri kelas beliau, walau jauh, saya sanggup berabis masa dan wang ringgit untuk mencedok sedikit ilmu beliau.Alhamdulillah...

Coklat 'praline'ini ada dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Beza keduanya adalah rasa, teskstur dan cara menempernye. Namun begitu, kedua2nya memang sedap setanding coklat terkenal(bukan coklat Langkawi tau...). Harga keduanya pun berbeza kerana coklat gred A tentulah jauh lebih mahal dr gred B. Jadi, terpulanglah kepada pelanggan coklat mana yg mereka suka, yang pasti ia sedap dan HALAL.
Untuk coklat 'praline' ini, ada beberapa pilihan bentuk, 'filling'(inti, perasa dan dekorasi. Bentuk2 coklat akan saya paparkan kerana ia mungkin berbeza2. Begitu juga dengan saiznya sama ada saiz 'S','M' dan 'L'. Manakala 'filling' dan dekorasinya, terpulang atas permintaan pelanggan.
Terdapat juga coklat oreo dan Lollichoc. Coklat Oreo ini, terdapat sekeping @ 2 kpg biskut oreo yg diselaputi coklat praline. Selalunya ia disertakan dekorasi menarik dan bersaiz medium(M). Lollichoc pula mempunyai 3 lapisan coklat beserta dekorasi yang cantik. Lapisan atas merupakan coklat putih yang berwarna, lapisan kedua pula coklat putih perisa vanilla dan lapisan 3 kombinasi coklat susu dan gelap. Pelanggan juga boleh memilih coklat gelap menggantikan coklat susu bagi yang suka kurang manis ke atas semua produk pilihan mereka.
Kepada sesiapa berminat menjadikan produk saya sebagai 'door gift', bolehlah membuat pesanan awal sekurang-kurangnya seminggu bagi kuantiti kurang 500 pcs atau sebulan bagi 500pcs ke atas.