Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Jumaat, Disember 11

Pengenalan


Salam kunjungan buat semua. Atas dasar minat dan memang hantu coklat,saya pun merangka perancangan untuk merialisasikan impian Homemade Cockolate sendiri. Mula2 saya attend class dengan seorang sifu, Pn.Ayu di Seri Kembangan. Pn.Ayu ni memang pakar, menerima tempahan beribu2 hanya dirumah. Malah beliau telah diundang untuk menyerikan Majalah Wanita Keluaran December 2009. Berbaloi menghadiri kelas beliau, walau jauh, saya sanggup berabis masa dan wang ringgit untuk mencedok sedikit ilmu beliau.Alhamdulillah...

Coklat 'praline'ini ada dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Beza keduanya adalah rasa, teskstur dan cara menempernye. Namun begitu, kedua2nya memang sedap setanding coklat terkenal(bukan coklat Langkawi tau...). Harga keduanya pun berbeza kerana coklat gred A tentulah jauh lebih mahal dr gred B. Jadi, terpulanglah kepada pelanggan coklat mana yg mereka suka, yang pasti ia sedap dan HALAL.
Untuk coklat 'praline' ini, ada beberapa pilihan bentuk, 'filling'(inti, perasa dan dekorasi. Bentuk2 coklat akan saya paparkan kerana ia mungkin berbeza2. Begitu juga dengan saiznya sama ada saiz 'S','M' dan 'L'. Manakala 'filling' dan dekorasinya, terpulang atas permintaan pelanggan.
Terdapat juga coklat oreo dan Lollichoc. Coklat Oreo ini, terdapat sekeping @ 2 kpg biskut oreo yg diselaputi coklat praline. Selalunya ia disertakan dekorasi menarik dan bersaiz medium(M). Lollichoc pula mempunyai 3 lapisan coklat beserta dekorasi yang cantik. Lapisan atas merupakan coklat putih yang berwarna, lapisan kedua pula coklat putih perisa vanilla dan lapisan 3 kombinasi coklat susu dan gelap. Pelanggan juga boleh memilih coklat gelap menggantikan coklat susu bagi yang suka kurang manis ke atas semua produk pilihan mereka.
Kepada sesiapa berminat menjadikan produk saya sebagai 'door gift', bolehlah membuat pesanan awal sekurang-kurangnya seminggu bagi kuantiti kurang 500 pcs atau sebulan bagi 500pcs ke atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan