Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.



JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Khamis, Januari 27

Kelas Julung-julung kalinya...

Alhamdulillah...pd 19 Januari 2011 saya menerima panggilan drpd Jabatan Pembangunan Wanita Johor.  Mereka menawarkan saya mengadakan kelas coklat di DUN Tenang pd 21 Januari, iaitu 2 hari kemuadiannya.  Pada mulanya saya agak keberatan kerana waktu yg terlalu suntuk, lebih2 lg perlu menyediakan cenderhati utk diberikan kpd peserta program... saya bimbang tidak mampu melaksanakan tugas tersebut. Namun, dgn sokongan suami, saya menyahut cabaran tersebut walaupun ini adalah kali pertama mengadakan kelas.  Perjalanan yg memakan masa 3 jam itu tidak dpt menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu, lebih2 lg ini melibatkan khidmat masyarakat sempena pelihanraya kecil di DUN Tenang.  Sungguh tidak diduga, sambutan penduduk Kg. Tenang begitu memberansangkan.  Terharu rasanya pabila ilmu yg kita sampaikan begitu memberi kesan kpd individu tersebut....alhamdulillah.  Terima kasih JPW Johor atas peluang yg diberikan dan juga jutaan terima kasih buat penduduk Kg.Tenang, Labis, Johor atas kerjasama dan sambutan yg diberikan.  Oleh sebab terlalu sibuk, saya tidak berkesempatan mengabadikan foto sepanjang kelas dijalankan. Di bawah ini saya paparkan gambar cenderahati yg sempat saya siapkan buat mereka.

Rezeki Allah itu amat luas, saya ditawarkan lagi utk mengadakan kelas kali ke-2, juga di DUN Tenang.  Walaupun tarikhnya tertunda beberapa kali, akhirnya kelas dapat juga diadakan pd 27 Januari 2011.  Kali ini kelas dilaksanakan di Felda Kg. Sawah, agak jauh di pendalaman Labis.  Sambutan di sini juga amat menggalakan , lebih2 lagi dgn keramahan penduduk kampung di sini menjadikan saya begitu selesa seperi berada di kampung sendiri.  Kemeriahan kempen pilihanraya juga dapat menaikkan semangat saya, mungkin aura calon yg bertanding begitu hebat. Terima kasih kepada YB Azizah yg sudi menjemput saya menyertai program beliau di sana.  Tidak lupa juga kpd JPW Johor (Pn.Suzi & Pn.Ros) serta seluruh penduduk Kg. Sawah. Di bawah ini saya paparkan gambar cenderahati utk mereka.

Rabu, Januari 5

Order Mould dll

Sebulan dua ni saya kurang mendapat tempahan coklat, namun rezeki Allah itu amat luas.  Alhamdulillah, kini saya dihujani rezeki dari penjualan mould dan barang2 lain pula.  Tujuan saya sebenarnya ingin membantu dan memberi peluang kpd rakan2 niaga yg lain untuk mendapatkan barangan2 coklat. Jadi atas inisiatif ini, saya membuka ruang perniagaan baru dengan menjadi pembekal kpd pembuat2 coklat atau yang ingin mendapatkan barangan coklat ini. Memandangkan, ini cubaan baru, terdapat juga kekurangan seperti mendapatkan stok dlm waktu yg singkat, kehabisan stok dan sebagainya.  Namun saya mencuba yang terbaik bg memenuhi tahap kepuasan pelanggan2 saya.  Kepada sesiapa yg payah mendapatkan barangan pembuatan coklat, boleh email @ sms @ tinggalkan no.tel anda untuk mudah saya hubungi sekiranya terdapat produk2 terbaru di pasaran.  Sebaiknya, tempahan awal hendaklah dibuat bg keperluan dlm kuantiti yg besar.

 Penghantaran ke Kuching, Sarawak (Syarifah Zauyah Binti Wan Bujang)
Keterangan item : mould/edible image/oil base colour/choc box ect)
Ini merupakan penghantaran yg ke-2 dlm jangkamasa 1 bln. Cukup mudah berurusan dgn beliau Terima kasih Syarifah, moga terus maju dlam bsnes coklat anda.

 Penghantaran ke Brunei Darussalam (DK Raden Kartika Binti PG Mahmud)
Keterangan item : Mould/Lolli stik
Pelanggan istimewa ini juga amat mudah berurusan, dalam masa beberapa hari saja, tempahan beliau dapat disiapkan.  Walaupun terpaksa menanggung kos penghantaran yg tinggi, pelanggan2 saya tidak pernahpun yg bersungut.  Sememangnya saya tidak mengambil untungpun atas service penghantaran, kebanyakannya saya kurangkan kosnya sebagai menghargai pelanggan2 saya.  

   Sebenarnya ramai lagi pelanggan2 yg membeli barang2 coklat ini, cuma saya tidak sempat mengambil gambar bungkusan2 tersebut.  Antaranya, Yani (Kuantan), Ummi Atiyyah( Klang), Adibah(melaka), Ramlah(Kuantan), Najibah(Kuantan), Siti Aminah (Kuching) dan ramai lagi.   Anyway...terima kasih atas semua yg pernah melanggani produk di Zahra Chocolate House.  Senang berurusan dengan kamu semua.

p/s :  Bagi mereka yang tinggal berhampiran Pekan, Kuantan @ Muadzam, boleh singgah ke Zahra Chocolate House di No.15, Bangunan Terminal Bus Pekan, bg mendapatkan barangan2 tersebut selain membuat tempahan coklat ataupun bg menghadiri kelas pembuatan coklat.