Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Khamis, Januari 27

Kelas Julung-julung kalinya...

Alhamdulillah...pd 19 Januari 2011 saya menerima panggilan drpd Jabatan Pembangunan Wanita Johor.  Mereka menawarkan saya mengadakan kelas coklat di DUN Tenang pd 21 Januari, iaitu 2 hari kemuadiannya.  Pada mulanya saya agak keberatan kerana waktu yg terlalu suntuk, lebih2 lg perlu menyediakan cenderhati utk diberikan kpd peserta program... saya bimbang tidak mampu melaksanakan tugas tersebut. Namun, dgn sokongan suami, saya menyahut cabaran tersebut walaupun ini adalah kali pertama mengadakan kelas.  Perjalanan yg memakan masa 3 jam itu tidak dpt menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu, lebih2 lg ini melibatkan khidmat masyarakat sempena pelihanraya kecil di DUN Tenang.  Sungguh tidak diduga, sambutan penduduk Kg. Tenang begitu memberansangkan.  Terharu rasanya pabila ilmu yg kita sampaikan begitu memberi kesan kpd individu tersebut....alhamdulillah.  Terima kasih JPW Johor atas peluang yg diberikan dan juga jutaan terima kasih buat penduduk Kg.Tenang, Labis, Johor atas kerjasama dan sambutan yg diberikan.  Oleh sebab terlalu sibuk, saya tidak berkesempatan mengabadikan foto sepanjang kelas dijalankan. Di bawah ini saya paparkan gambar cenderahati yg sempat saya siapkan buat mereka.

Rezeki Allah itu amat luas, saya ditawarkan lagi utk mengadakan kelas kali ke-2, juga di DUN Tenang.  Walaupun tarikhnya tertunda beberapa kali, akhirnya kelas dapat juga diadakan pd 27 Januari 2011.  Kali ini kelas dilaksanakan di Felda Kg. Sawah, agak jauh di pendalaman Labis.  Sambutan di sini juga amat menggalakan , lebih2 lagi dgn keramahan penduduk kampung di sini menjadikan saya begitu selesa seperi berada di kampung sendiri.  Kemeriahan kempen pilihanraya juga dapat menaikkan semangat saya, mungkin aura calon yg bertanding begitu hebat. Terima kasih kepada YB Azizah yg sudi menjemput saya menyertai program beliau di sana.  Tidak lupa juga kpd JPW Johor (Pn.Suzi & Pn.Ros) serta seluruh penduduk Kg. Sawah. Di bawah ini saya paparkan gambar cenderahati utk mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan