Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.



JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Isnin, Mei 23

Door Gift Utk Majlis Perkawinan di Shah Alam

Alhamdulillah, rezeki Allah itu amat luas.  Walau di mana, walau bagaimana, jika ada rezeki disitulah limpah kurniaNya.  Saya cukup berpegang teguh pada ketentuan takdir, ajal, maut dan punca rezeki itu semua dtg dari Allah.  Oleh sbb itu saya tidak pernah gentar pd persaingan, walau saya duk di ceruk mana sekalipun, insyaallah Allah sentiasa menitipkan saya suatu rahmah.  Mgkin kerana itu, rezeki saya sentiasa ada walau ada pasang surutnya.  Jika ada rakan niaga yg lain menegur cara saya berniaga, itu terserah.  Ini cara saya, selain mencari rezeki yg halal, saya juga mencari peluang utk bersedekah lebih2 lagi dlm perniagaan makanan ini.  Jadi terpulanglah, untung rugi dlm perniagaan itu suatu resam, kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai...niat dlm hati apa yg kita lakukan salah satu ibadah, insyallah segalanya berjalan dgn lancar.

Kali ini saya menerima tempahan set coklat dan marsmellow.  Mengikut budget yg diberi, saya syorkan satu pakej yg relevan, alhamdulillah pelanggan baru saya ini bersetuju.  Pilihan praline bentuk strawberry dgn filling strawberry flavour dan 3 biji marsmellow.  Marshmellow ini produk tempatan yg dijamin keHALALannya.  Penghasilannya dr gelatin halal iaitu  HALAL GEL.  Bungkusan pula , merupakan golden box dgn kemasan riben.  Moga Pn. Nina berpuashati dgn produk saya.  Terima kasih daun keladi...


Penggunakan polystrene box adalah sebagai satu saranan untuk memudahkan penghantaran dan penyimpanan selain menjamin kualiti coklat.  Charge tambahan dikenakan iaitu sebanyak RM7 sahaja bg box baru. Box ini muat utk 50-150 box choc.

Selasa, Mei 17

Isian Goodies untuk Rombongan Pengantin

Kali ini ZHMC menerima tempahan drpd Cik Nurul Izni (Jiran) untuk dijadikan salah satu item dlm goodies sempena majlis menyambut menantu bg pihak keluarganya di Maran.  Set oreo choc dgn golden box serta kemasan riben , cukup simple namun menarik.  terima kasih yer...buat pengantin PO'E ' Selamat Pengantin Baru, moga kekal ke akhir hayat'.
Sementara di bawah ini pula, tempahan drpd Pn.Rohana, untuk dijadikan cenderahati buat para penanggah.  Set golden box with 2pcs praline filling almond/kismis .  Terima kasih Kak Na.