Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Ahad, Mac 7

WEDDING GIFT

Terlebih dahulu saya pohon kemaafan kerana lewat mengemaskinikan blog ini.  Saya terpaksa menghentikan tempahan masuk kerana mahu menyelesaikan tempahan yang ada.  Kali ini saya memaparkan produk yang menjadi pilihan pelanggan istimewa saya iaitu En.Mohd Rizan yg mengadakan majlis perkahwinan pada 28 Februari yang lalu.  Beliau menempah coklat khas yg berbentuk hati sebesar tapak tangan utk dijadikan cenderahati  di majlis tersebut.  Cabaran utamanya adalah acuan coklat yg terhad memandangkan hanya 4 pcs sahaja yang dapat disediakan pd satu masa.  Jadi dlam 1 hari saya hanya dapat menyiapkan 25 pcs sahaja. Bayangkan bagaimana hendak menyiapkan 300 pcs?.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Coklat tersebut saya wariasikan kepada 2, iaitu coklat crispy dan oreo. Saya menggunakan bertih yg telah siap dlm perasa coklat, hanya perlu di goreng utk menggaringkannya kembali.  Moga kedua mempelai berpuashati dengan coklat yang disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan