Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Ahad, Januari 3

Coklat Tanda Kasih

Belum terlambat rasanya saya megucapkan 'Happy New Year' kepada semua pengunjung blog ini.  Moga tahun ini membawa seribu kejayaan dan kebahagian buat kita semua.  Kali ini saya paparkan beberapa tempahan coklat dari pelanggan saya. Ada juga gambar yang tidak sempat saya ambil, pohon kemaafan buat mereka. Kepada yg melanggan produk coklat saya, diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua.
Ini tempahan coklat secara on-line drpd Puan Zaza di KL.  Beliau meminta coklat berbentuk huruf bagi meluahkan rasa kasihnya terhadap suami beliau.  Mereka masih dalam 'mood' bulan madu. Terima kasih menjadi pelanggan saya.Nanti bolehlah war-warkan kpd rakan2 pula yer!.
Tempahan sebegini bernilai RM15 shj tidak termasuk kos penghantaran.

  

Ini pula buat 2 org anak buah saya yg menyambut hari lahir pd Dec. lalu dan Jan. ini.  Kedua2nya adik beradik yg masih menuntut di IPTA. Seorang di UKM dan seorang lagi di Matrikulasi N9.
Saya tidak mahu jarak menjadi alasan untuk menjarakkan hubungan kami. 9 biji coklat praline pelbagai 'filling' dibungkus dengan 'star soft box'.
Bungkusan begini bernilai RM 10 shj tidak termasuk dan kos penghantaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan