Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Isnin, Julai 18

Kelas Coklat - Aisyah

Kelas kali ini dihadiri oleh seorang gadis dr Pekan. Aisyah ni graduan yg baru saja habis praktikalnya di sabak Bernam.  Bakal guru Bahasa Inggeris ini memang meminati bakery dan memang handal dlm pembuatan kek.  Kali ni nak menambah ilmu pula dlm bidang penghasilan coklat tangan pula.  Walaupun agak lewat, kedatangan Aisyah terus saya sajikan dgn bahan nota dan sedikit penjelasan mengenai coklat semi-finish ini.  Alhamdulillah Aisyah dapat menghabiskan semua modul kelas antaranya, 'filling',praline compound, praline couverture,oreo,lollichoc,criespy choc,edible dll.  Kelas tamat hampir pukul 5 pm. Semoga Aisyah dapat memanfaatkan ilmu dia perolehi hari ini.  Syabas Aisyah dan Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan