Zahra HomeMade Chocolate menawarkan coklat 'praline' yang terdiri drpd dua jenis iaitu coklat 'couverture'(gred A) dan coklat 'compound'(gred B). Menepati citarasa penggemar coklat sebenar dengan pelbagai variasi rasa dan dekorasi. Menerima tempahan untuk sebarang majlis terutama di daerah Kuantan dan Pekan. Kami juga menjalankan perniagaan secara on-line.






JOM JOINT CLUB ZAHRA HMC! KLIK HERE !

Kelab Zahra HomeMade Chocolate !!!

Ahad, Julai 31

TEMPAHAN COKLAT RAYA SUDAH DIBUKA!!!

Tahun ni cuma 3 jenis coklat ni saja yg saya buka utk tempahan.  Itupun mana yg saya termampu, so kepada sesiapa yg berminat boleh buat tempahan segera.  Pada mulanya saya nak berehat jer di bulan puasa thn ni, tp ada pula customer yg merayu suruh buat gak cekelat raya ni.   Jadi, saya buka 3 jenis choc utk tempahan raya thn ini.  Choc jenis A, mmg sedap giler, sbb saya campurkan bubble rice dan hirisan badam.  Bahagian bawahnyer pula tentulah padat dgn coklat Beryl's.  Pelanggan juga boleh memilih samaada mahu meletakkan perisa pd coklat masing2.  Dua jenis lagi tu seperti biasalah, coklat compound Beryl's cuma bentuknya lebih meriah dan sesuai dgn tema hari raya.  Saya cuba juga cari mould lemang ataupun meriam buluh, errmmm...tak jumpa pula. hehehehe...Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan semoga segala amalan kita di bulan yg mulia ini di terima Allah swt dan menjadi syafaat buat kita 'disana' nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan